Sunday, April 15, 2012

Dari hati ke hati

 



Khamis lepas, setelah tidak dpt menahan lagi bebanan emosi, persoalan demi persoalan bermain di minda (eh mcm lagu najwa latif la pulak hehe) aku pun pegi la mengadap Guru Kaunseling dan Guru Besar sekolah Nabil.

Mula tu ingat boleh selesai bila jumpa guru kaunseling, tp rupanya tak boleh, kena jumpa Guru Besar juga, sebab aduan tu membabitkan tentang guru...

Gedebak-gedebuk, aku explain kat Guru Besar (GB)  tu, biasala, mula-mula tu dia nak bela cikgu dia.. ye la boss kan..  Walaupun pada mulanya aku mengalami kesukaran untuk menyampaikan apa yang terpendam di lubuk hati sebab GB tu asyik duk cerita pasal anak dia lah, pasal kenapa aku tukarkan anak aku sekolah half way lah, sebab tu la dia memberontak haishh .. panjang la cerita dia, akhirnya aku berjaya membuatkan GB mendengar luahan perasaan aku.. dan akhirnya dia paham apa yg aku nak sampaikan.. Alhamdulillah.. Allah membantu aku untuk berhujah dgn lancar hehe  udoh mcm aku lak yang duk bagi kaunseling kat GB tu....

Yang nyatanya, orang yang paling gembira hari tu ialah Nabil.. tak boleh lupa dengan ekspresi muka dia masa aku jumpa dia lepas waktu sekolah tu.. muka dia sgt ceria dan gembira.. happy je dia cerita pengalaman dia berjumpa guru kaunseling.. dan dapat meluahkan apa yang menghantui hidup dia tiap2 hari kat sekolah tu..

Melihatkan kejernihan wajah dia tu, aku rasa sangat bersyukur kerana Allah menggerakkan aku untuk pergi berjumpa GB..

Harapan semoga ini secara tak langsung mendidik minda bawah sedar dia  insyaAllah untuk mempercayai aku sampai dia remaja dan dewasa nanti bahawa dia sentiasa mempunyai pendengar yang setia, dan sedia menghulurkan bantuan bila diperlukan sebab aku tak mau dia beralih mencari rakan sebaya.. Kalau dapat yang baik tak pe jugak, kalo dapat yang jahat cam mana??